Anak Bangsa

Hidup Guna Akal Bukan Hidup Guna Nafsu

Preface

Welcome to my blog. This site is dedicated to pen my thoughts and opinions and I don’t have any ’special’ interests.

Interested commentors are almost welcome to put their comments on every articles published. Comments must be accompanied by names or pseudonyms

Anonymous postings and those containing hidden agenda will be rejected. – nazriarshad

November 12, 2008 Posted by nazriarshad | Home | | No Comments Yet

Wasiat Raja-Raju Ku….Renungkan…

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

DAULAT TUANKU

August 8, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | 1 Comment

Jum Makan: Burger Besar!!

Baru-baru aku gi makan kat The Daily Grind…kedai burger. Citernyer macam ni, hari Ahad lalu aku tengok Jalan-jalan Cari Makan kat TV3. Satu slot tu tunjuk restoran The Daily Grind ni. Petang tu aku terus gi dengan member office. Tak payah citer panjang la…memang best burger kat situ. Memang puas…susah nak habis. So try la sendiri…..Ni info dier…

http://www.thedailygrind.com.my/

June 8, 2009 Posted by nazriarshad | Jom Makan! | | No Comments Yet

Selamat Hari IBU….

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)
     

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku….
mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….
Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari….
mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang ….
mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati….
mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….
mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….
mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku….
mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma….
mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….
mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku….
mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….
mak                            
Aku selalu teringatkan ….
mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon….
mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..
mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak                              
Bila takut, aku selalu panggil…
mmaaakkkk! ”                            
Bila sakit, orang paling risau adalah….
mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….
mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu….
mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau….
mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku….
mak                          
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..
mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….
mak                    
Yang selalu berleter kat aku…
mak                                
Yang selalu puji aku….
mak                                    
Yang selalu nasihat aku….
mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..
mak    
             

Aku ada pasangan hidup sendiri….
     
                       
Bila seronok, aku cari….pasanganku                              
Bila sedih, aku cari….
mak
                                 
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada….
mak    
                       

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat….
emakku  
                         
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….
mak  
                       
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu
             
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
                                 
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku  
Entah bila… aku nak talipon
mak
                             
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk
emak      
                 
Renungkan:  

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?        
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
               

Berderai air mata jika kita mendengarnya……..  
                 

Tapi kalau mak sudah tiada…..
…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
     
     

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….  
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
Dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

 

Renungkan…

May 20, 2009 Posted by nazriarshad | Life | | 1 Comment

PPSMI lagi

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris masih belum selesai dimana pelbagai perbincangan dan perdebatan sedang berlaku di seluruh negara. Walau apa pun pendapat anda, saya mempunyai pandangan sendiri dalam isu ini.

1. Keperluan menguasai Bahasa Inggeris boleh dikatakan sangat penting di zaman ini. Kalau kita lihat, hampir setiap peluang pekerjaan yang ditawarkan memerlukan kelayakan menguasai Bahasa Inggeris. Sebagai bahasa antarabangsa, Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantara utama diseluruh dunia. Sekiranya individu itu tidak mampu berbahasa Inggeris, individu itu dianggap ketinggalan satu tapak di belakang.

2. Walaupun Jepun, Perancis, China dan beberapa negara lain boleh maju tanpa mengutamakan Bahasa Inggeris, mereka mempunyai semangat yang kuat untuk maju atas tiket bangsa sendiri. Semangat kebangsaan mereka kuat. Mereka bukan hanya bersemangat ketika berkata-kata, apa yang penting, semangat mereka diterjemahkan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk memajukan bangsa dan negara sendiri.

3. Rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu masih belum mempunyai semangat seperti bangsa Jepun dan lain-lain tu. Mereka hanya bersemangat untuk berdemonstrasi, menyibuk hal orang lain dan sebagainya. Kalau nak tunggu rakyat kita mempunyai semangat seperti bangsa Jepun yang boleh maju tanpa Bahasa Inggeris, mungkin perlu 50 tahun lagi kot. Bukan tak yakin dengan keupayaan bangsa sendiri, tapi realiti tetap perlu diterima.

4. Kita boleh lihat keputusan peperiksaan UPSR tahun 2008, statistik menunjukkan peningkatan dalam matapelajaran Sains & Matematik. Apa keuntungannya? Jika kita boleh berfikir secara matang, selain para pelajar mendapat keputusan yang baik dalam Sains & Matematik, mereka juga semakin mahir dalam Bahasa Inggeris. Secara tak langsung juga, para pelajar ini berpeluang untuk lebih terdedah kepada Bahasa Inggeris di peringkat umur lebih awal. Mereka akan lebih mahir dalam Bahasa Inggeris di peringkat umur lebih awal. Walaupun mungkin mereka terpaksa belajar Bahasa Inggeris ini secara terpaksa, mereka akan dapat banyak keuntungan. Kalau nak tunggu pelajar-pelajar ini dewasa baru nak belajar Inggeris, apa yang berlaku sekarang akan berterusan. 

5. Saya masih ingat, kelas saya di sekolah rendah dulu (saya sekolah kampung) mempunyai kira-kira 35 orang murid. Daripada 35 orang itu hanya 2 orang yang mampu memahami bahasa Inggeris. Saya ulang, hanya mampu bukan mahir. Keadaan di sekolah menengah juga sama. Di universiti pula, keadaan bertambah baik apabila lebih ramai pelajar Melayu yang mampu berbahasa Inggeris tapi masih ramai yang takut untuk berbahasa Inggeris. Saya ada seorang rakan yang sampai sekarang masih belum mempunyai pekerjaan tetap (bukan kerja makan gaji). Alasan yang diberi olehnya ialah dia takut ditanya dalam bahasa Inggeris ketika temuduga! Apa maknanya?

6. Mungkin orang bandar boleh cakap bahawa PPSMI tak begitu penting sebab anak-anak mereka lebih banyak peluang belajar. Anak-anak mereka dihantar tuisyen. Tetapi, bagaimana nasib anak-anak kita yang belajar di sekolah kampung. Saya datang dari kampung dan saya tahu bagaimana ‘buta’ nya masyarakat kampung terhadap Bahasa Inggeris ini. Dengan adanya PPSMI ini, sekurang-kurangnya pelajar-pelajar kampung ini boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

7. Saya tak nampak pun bagaimana PPSMI boleh meruntuhkan martabat Bahasa Melayu. Walaupun pelajar-pelajar perlu berbahasa Inggeris ketika belajar Sains & Matematik di sekolah, mereka ada lebih banyak waktu untuk berbahasa Melayu. Jadi, dimana peluang untuk martabat Bahasa Melayu itu diruntuhkan?

8. Saya memberi cadangan kepada pihak-pihak yang menentang keras perlaksanaan PPSMI ini. Daripada anda berdemonstrasi menentang PPSMI ini, lebih baik anda berkumpul dan berbincang mencari jalan untuk lebih memartabatkan Bahasa Melayu. Bukankah banyak perkataan Bahasa Melayu yang diambil terus dari Bahasa Inggeris. Contohnya automasi datang dari automotive. Lebih baik berfikir untuk lebih banyakkan perkataan dalam Bahasa Melayu yang asli. Lebih baik berfikir mencari jalan bagaimana mewujudkan semangat seperti bangsa Jepun dalam diri rakyat kita.

9. Kalau betul nak martabatkan Bahasa Melayu, fikirkan cara untuk selaraskan penggunaan Bahasa Melayu di semua agensi, jabatan dan syarikat. Jabatan kerajaan sendiri pun masih mencampur-adukkan istilah. Contoh nama jabatan dalam Bahasa Melayu tapi laman web dalam Bahasa Ingeris. Kalau seperti ini, martabatkah Bahasa Melayu?

10. Bukan niat saya untuk memperlecehkan mana-mana pihak. Cuma kesal dengan tindakan yang membuta tuli. Kepincangan di depan mata sendiri tak nampak, hal tepi kain orang lain yang kita sibuk. Itulah orang kita……..

February 14, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | 2 Comments

Politik Oh Politik

Hidup kalau untuk politik boleh jadi ‘gila’! Serba serbi dilakukan semata-mata untuk politik. Lihat apa yang berlaku di Perak. 

1. Dulu semasa PR menang, mereka semua hormat Sultan. DAP, PAS, Keadilan semua hormat Sultan. Sebab apa? Sebab mereka menang. Sebab mereka dapat memerintah. Sebab mereka dapat kuasa. Tapi sekarang bila Sultan bertitah supaya MB dan exco letak jawatan serta-merta, mereka mula tunjuk siapa mereka sebenarnya. Terutama Cina DAP ni. Dah ada dengar-dengar yang mereka caci maki Sultan. Kalau berani teruskan lah. Masih ramai waris Tok Sagor dan Datuk Maharajalela kat Perak ni.

2. Waktu wakil BN melompat keluar BN, PR kata itu hak wakil rakyat tersebut untuk buat pilihan. Anwar Ibrahim bukan main gembira. Sekarang, bila orang mereka keluar parti, PR kata orang-orang ni pengkhianat. Nik Aziz kata orang macam ni patut dibaling kasut. 

3. UMNO kata nak bersihkan rasuah. Tapi kenapa buka pintu pada orang-orang yang dibawah pemerhatian mahkamah kerana rasuah? Walaupun belum tentu mereka ini terbabit dengan rasuh, sepatutnya biarlah orang-orang ini selesai dulu kes mereka. Betul kata Tun M. Dalam situasi seperti ini, kalau nanti orang-orang ini bebsa daripada tuduhan, PR pasti kata mahkamah dieksploitasi.

4. Inilah politik. Hari ini A esok dah boleh bertukar jadi B. Lusa bertukar balik jadi A. Kalau hidup untuk politik, inilah jadinya. Kalau pun nak jadi ahli politik, jadilah ahli politik yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Bukankah ahli politik itu berjaya atas sokongan rakyat?

5. Untuk kes di Perak, semua pihak perlu akur dengan titah Baginda Sultan. Di Malaysia ni, kuasa Sultan adalah mutlak. Lagipun Baginda Sultan Perak bukan calang-calang orang. Baginda pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Jadi, kalau bab undang-undang ni Baginda tak kalah. Lagipun Baginda bukan ahli politik. Keputusan Baginda adalah untuk rakyat. Tidak ada kepentingan peribadi.

6. Orang Melayuperlu sedar. Jangan terus berpecah sebaliknya kembali bersatu. Kalau bukan orang Melayu yang jaga negara ni siapa lagi? Kalau apa-apa terjadi kat Malaysia ni, orang Cina boleh balik China, orang India boleh balik India, orang Melayu nak pergi mana. Inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita. Pertahankanlah!!

February 5, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | No Comments Yet

Kugan………..

Siapa Kugan? Kugan adalah seorang ahli sendikit curi kereta yang amat dikehendaki pihak Polis. Kugan telah meninggal dunia semasa dalam tahanan pihak polis baru-baru ini. Semenjak itu, kisah Kugan mendapat liputan meluas pihak media kerana kematiannya dikatakan disebabkan oleh keganasan pihak polis.

1. Peguam Negara menklasifikasikan kematian Kugan sebagai kes bunuh.

2. Bilik pembedahan di Hospital Serdang diserbu puluhan penyokong simati sewaktu bedah siasat dijalankan.

3. Gambar simati tersebar luas di internet. Kesan lebam seolah dipukul kelihatan jelas di tubuh simati

4. Polis memberi kenyataan bahawa kematian Kugan akibat paru-paru berair.

5. Bedah siasat kedua dilakukan di PPUM.

6. Pada 28 Jan 2009, penyokong simati berkumpul dan berdemonstrasi di depan PPUM.

7. Polis menahan 3 orang dari kumpulan tersebut dan salah seorang merupakan individu yang dikehendaki kerana kes bunuh.

8. Mayat Kugan dibakar di Puchong dan dikebumikan.

9. Pelbagai pihak mengecam pihak polis dan undang-undang negara. Pihak polis dan undang-undang dipersalahkan.

10. Kugan menjadi hero hingga kesalahan semasa hayatnya dilupakan.

11. Semua pihak perlu ingat bahawa Kugan tetap bersalah sewaktu hayatnya. Bagaimana dengan nasib individu yang kehilangan kereta akibat perbuatan Kugan dan rakan-rakan sendikitnya?

12. Jika kematian Kugan benar disebabkan kelakuan pihak Polis, imej Polis pasti tercemar. Namun, pesalah tetap perlu dibawa kemuka pengadilan. Bunuh adalah satu jenayah besar dan nyawa manusia bukan barang mainan.

13. Semua pihak perlu bersabar menunggu pihak Polis menjalankan siasatan. Walaupun kemarahan terhadap pihak polis sedang memuncak, kita perlu ingat bahawa bukan semua polis jahat dan bukan semua undang-undang tidak betul. 

14. Pihak yang berkepentingan perlu sedar bahawa kes ini adalah kes jenayah. Bukan kes perkauman atau kes politik. Jangan dek kerana kepentingan tertentu, kes ini dimanipulasikan.

 

January 28, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | 2 Comments

Lapangan Terbang Labu

Salah satu lagi usaha untuk discredit usaha Tun M. Ini yang saya boleh katakan!

Baru-baru ni Kerajaan Malaysia merestui cadangan Air Asia dan Sime Darby untuk membina Lapangan Terbang Tambah Murah (LCCT) yang baru di Labu, Negeri Sembilan. Kononnya pembinaan LCCT baru ini adalah untuk menampung pertambahan penumpang Air Asia pada tahun-tahun mendatang. Air Asia menjangkakan LCCT yang baru ini dapat disiapkan pada Mac 2011 dan mampu menampung sehingga 50 juta penumpang. Wow…banyak betul penumpang Air Asia ni. Makin kaya la Pakcik Tony ni.

Memang ada kebaikan pembinaan LCCT di Labu ni. Kebaikan yang paling jelas nampak ialah boleh menambah kekayaan pemilik-pemilik saham Air Asia dan mungkin juga Sime Darby. Kebaikan lain ialah mampu mempromosikan Labu dan Negeri Sembilan amnya. Kebaikan lain lagi mungkin juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Walaubagaimanapun…saya terfikir kenapa LCCT baru ni tak dibina sahaja di kawasan Sepang? Bukankah masih banyak kawasan lapang yang boleh dibangunkan? Daripada bina kandang babi tu lebih baik bina lapangan terbang.

Persoalan yang saya terfikir dan mungkin anda juga boleh fikir:

1. Jika LCCT Labu wujud, bukankah kunjungan orang ramai ke KLIA dan LCCT Sepang akan berkurangan? Kompleks lapangan terbang berpusat di Sepang dah tak sehebat dulu.

2. Bukankah pembinaan kompleks lapangan terbang di Sepang telah memakan belanja yang banyak? Kenapa perlu dibina kompleks lapangan terbang yang lain jika lapangan terbang yang ada masih mampu beroperasi dengan baik?

3. Bukankah Labu tu lebih jauh dari KL? Bagaimana pula dengan belanja pengangkutan orang ramai terutamanya golongan bawahan?

4. Bukankah lebik elok jika LCCT yang baru ini dibina di kawasan Sepang juga? Sepang akan menjadi kompleks lapangan terbang yang terkenal di dunia dan mungkin yang terbesar di dunia. Negara lain pasti akan kagum dengan keupayaan kita. Pelancong akan bertambah.

5. Segala usaha yang telah disumbangkan untuk membina kompleks lapangan terbang Sepang tidak lah sia-sia.

Tak salah kalau Air Asia ingin mempertingkatkan pendapatan mereka kerana ini adalah objektif penting sesebuah perniagaan. Tetapi janganlah sampai objektif ini mengetepikan sensitiviti masyarakat. Saya setuju dengan Khazanah untuk tidak menyokong pembinaan LCCT baru di Labu. Pihak Air Asia dan Sime Darby perlu mempertimbangkan suara majoriti masyarakat. Dalam projek yang besar dan melibatkan masyarakat seperti ini, kepentingan orang ramai perlu diberi perhatian utama.

Sekian.

January 21, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | 2 Comments

Untuk Melayu yang Layu…

 

Aku lihat layu dalam Melayu


 

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu

 

Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

 

Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

 

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

January 20, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | No Comments Yet

Kalaulah Mereka Masih Ada….

Akhir-akhir ini kita dapat lihat…kita dapat dengar cerita ‘Melayu’ hampir setiap hari. Amat kerap dibualkan. Tak kira siapa hingga bukan Melayu pun boleh cerita pasal Melayu. Bukan setakat cerita, kutuk pun takpe, orang kita masih relaks.

Cerita terbaru yang hangat ialah peristiwa kepala babi diletakkan di dalam surau UM. Cerita lain pula kisah pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada Cina di Perak. Cerita lain yang tak kunjung habis pula ialah cerita rasuah di kalangan orang Melayu…rasuah politik…banyak-banyak lagi rasuah…

Ish…sampai bila kau Melayu nak jadi macam ni??? Tau tak, sikap macam ni sebenarnya boleh mengancam bangsa Melayu sendiri? Malaysia ni diperintah pemimpin Melayu tapi nasib orang Melayu seakan ‘dihiraukan’. 

Orang Melayu sendiri yang tindas orang Melayu…Orang Melayu sendiri yang tikam orang Melayu…Orang Melayu sendiri yang menghancurkan orang Melayu…

Kenapa orang Melayu pentingkan politik lebih dari bangsa sendiri? Kenapa orang Melayu pentingkan perut sendiri dari bangsa sendiri? Kenapa orang Melayu berjuang untuk kepentingan sendiri?

Boleh tak orang Melayu zaman ini betul-betul berjuang untuk bangsa sendiri? Boleh tak orang Melayu tinggalkan rasuah demi kelangsungan bangsa sendiri? Boleh tak orang Melayu…pemimpin Melayu sekarang jadi macam Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan pejuang bangsa dahulu kala yang lain? Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir hanya untuk mempertahankan bangsa dan agama mereka tanpa ada kepentingan peribadi. 

Pejuang-pejuang bangsa ni takde pun kumpul harta berjuta-juta…takde pun tinggalkan harta berkepuk-kepuk…mereka hanya tinggalkan bangsa yang boleh hidup ’senang’ sampai sekarang dek kerana perjuangan mereka yang ikhlas tu. Tapi bangsa mereka sekarang……apa dah jadi???

Saya rindukan semangat dan keikhlasan pejuang-pejuang dulu…kami rindukan mereka. KALAU LA MEREKA MASIH ADA DI ZAMAN NI…PASTI PERUT PENGKHIANAT-PENGKHIANAT BANGSA DI DAH DIROBEK…PASTI KEPALA MEREKA DAH BERPISAH DARI BADAN….PASTI MEREKA TAK BERPELUANG SEDIKIT PUN BERPIJAK DI BUMI MELAYU YANG MULIA NI…

January 20, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | No Comments Yet

Sepetang di Bukit Bintang

Salam semua,

Agak lama saya tak buat posting..sibuk sikit dengan kerja. Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak gi Bukit Bintang petang tadi…he he..

Sebenarnya saya nak ke Lowyat…nak survey laptop. Saya naik monorail dari Titiwangsa sebab taknak tersekat dalam jam. Jadi, saya stop di stesen bukit bintang.

On my way to Lowyat…saya lalu la kat Bukit Bintang tu..kagum jugak sebab lihat ramai sangat remaja Melayu yang kebanyakkannya budak sekolah. Budak sekolah rendah pun ramai.

Rupa-rupanya kawasan ni (depan Maybank Bukit Bintang) memang tempat lepak mereka setiap hujung minggu. Aktiviti utama mereka ialah ‘free-style dancing’. Masing-masing cuba menunjukkan kemahiran.

Saya kagum dengan kemahiran yang mereka ada. Paling menarik perhatian saya ialah seorang budak (agaknya baru darjah 4) yang mampu melakukan aksi-aksi yang memukau…ewah…

Tapi dalam kekaguman tu saya terfikir sesuatu….

1. Kenapa mereka berpakaian begini?

- Cara mereka berpakaian agak pelik. Selekeh. Yang perempuan pakaian macam tak cukup kain. 

2. Kenapa mereka berkelakuan begini?

- Walaupun mereka masih muda remaja (bawah umur) tapi dengan selamba merokok tak kira lelaki atau perempuan. Pergaulan pun agak bebas.

3. Bagaimana agaknya prestasi pelajaran mereka?

- Agaknya kalau ditanya sorang2 keputusan peperiksaan masing2…ntah apalah jawapannya..

Jujur..dalam kagum tu perasaan saya sedih sebab 99% remaja yang ada kat situ adalah MELAYU! Walaupun saya bukan mak bapak mereka, bukan adik-beradik mereka dan bukan saudara-mara mereka, saya terfikir tentang masa depan mereka. Saya terfikir bagaimana mereka nak survive untuk hidup kalau pelajaran takde. 

Tak salah nak buat aktiviti seperti tu tapi bagi saya mereka perlu jaga susila supaya diri mereka dihormati orang lain..supaya bangsa mereka dihormati bangsa lain.

Saya terfikir, selain dari melepak dan menari, apa perkara lain yang mereka boleh buat? Saya minta maaf kalau keterlaluan.

Saya sedih kerana mereka bangsa saya. Kalau ramai remaja bangsa saya yang macam ni…siapa yang nak perjuangkan bangsa saya 10,20 atau 30 tahun lagi??

Adik-adik ku….sedarlah..bangsa Melayu kita ni dah semakin lemah. Kalau nak menari pun menarilah sampai bangsa lain boleh kagumi kita. Kan elok kalau adik-adik boleh menari dan dalam masa yang sama adik-adik cemerlang dalam pelajaran, tingkah-laku yang bila orang tengok sejuk je mata…

Wahai bangsaku….bangunlah!!!

January 18, 2009 Posted by nazriarshad | Articles | | 1 Comment